Bismillahirrahmanirrahim..
"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani"
Wanita ni selalu dikaitkan dengan lemah, cantik, sopan, seorang yang penuh kasih sayang. Betul tak? Tapi ada je, wanita kat luar sana spesis macam nad yang tak ada dalam kategori-kategori tersebut. Hihihi.. tapi benda yang baik kita kena cuba pasakkan. Kalau awak perempuan yang kasar, lembutkan, kasar-kasar juga, kena pada tempatnya. Nanti tak ada orang nak buat bini.
Betul, semua wanita berbeza, ada yang suka bersukan, ada yang minah-minah rempit, ada yang suka bertumbuk dan sebagainya, namun, perlu kita tahu, guna akal yang Allah bagi sebaiknya bahawa kita boleh buat semua itu, berlandaskan syariat Allah.
Dalam gambar diatas, saje nad nak tunjuk firman Allah yang mana Allah menyuruh Nabi untuk memberitahu wanita-wanita di dalam keluarga Nabi untuk melabuhkan pakaian yakni, menutup AURAT semasa berada di luar rumah.
Aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan.
Jadi, kalau kita nak bersukan, kita still kena jaga aurat. Tengok macam atlet sukan acara lumba lari wanita dari Bahrain membuktikan pakai pakaian yang menutup aurat still dapat berlari pantas sehinggakan dinobatkan sebagai juara acara pecut wanita pada Sukan Olimpik 2004. itulah Ruqaya Al Ghasara.
Selain itu, sukan luncur ais, yang biasanya kita tengok, pakaian memang terdedah sana sini, tapi ada seorang Muslimah memakai tudung dalam sukan ini. Memang nad salute dengan adik ni dari UAE. Umur baru 22 tak silap. Zahra Lari nama dia. Seorang puteri ais di gurun tanah Arab. Indahkan ISLAM, kita je yang tak hargai.
Jom kita martabatkan Islam itu dengan menutup aurat, Bukan dari segi zahiriah, tapi juga rohani kita. Jaga Akhlak, tutup aurat, In Shaa Allah, semoga kita dikurniakan SyurgaNYA kelak.
aamiiinnn..
Sumber:-



Comments
Post a Comment