Skip to main content

Cara Mengatasi Jerawat di Muka

Bismillahirrahmanirrahim..

"Aduh, jerawat.. nak kena jumpa klien nanti.. malunya.."

"Makkkk.. jerawat la pulak.. Dahlah esok nak present assignment ni.. Ni tak de mood.."

Anda pernah mengalami situasi macam ni???


Sebelum kita nak tahu cara mengatasinya, kita kena tahu terlebih dahulu bagaimana jerawat ini terjadi.

Kebiasaannya atau secara umumnya, jerawat ini berlaku apabila muka mempunyai minyak yang berlebihan dan persekitaran yang tercemar juga antara salah satu faktornya. Menurut sebuah laman web, jerawat terbentuk apabila sel-sel kulit mati bercampur dengan lebihan minyak (sebum). Campuran ini menyumbat liang, dan menyebabkan bengkak. Bakteria boleh tumbuh di campuran tersebut dan membawa kepada jangkitan dan nanah (Healthwise, 1995 - 2015).

Namun begitu, ada juga kajian yang mengatakan jerawat ini muncul disebabkan hormon di dalam badan yang tidak stabil. Sebab itulah, kita dapati, wanita yang sudah berusia lingkungan 30 an dan ke atas masih dibelenggu masalah ini. Secara kasarnya, masalah jerawat ini sering berlaku pada remaja, betul tak? Menurut Dr. Bowe apabila reseptor androgen wanita berada dalam keadaan sensitif, hormon ini boleh mencetuskan pengeluaran minyak yang berlebihan dan menyebabkan sel-sel kulit menjadi melekit, yang membawa kepada liang-liang tersumbat dan jerawat (H.Dawsey, 2015). Sebab itu, masalah jerawat ini masih lagi melanda para wanita di luar sana. Kebiasaannya, apabila wanita berada dalam situasi tertekan, keletihan, emosi kurang stabil, perubahan hormon ini akan berlaku.


Sebenarnya, banyak lagi punca jerawat terjadi, tapi cukup dua dulu ya.

Jadi, kembali kepada topik asal, bagaimana kita mahu tangani masalah ini??

PERTAMA: Elakkan mengambil makanan yang kurang sihat. 

Amalkan makan makanan yang berkhasiat dan mengandungi serat yang baik untuk badan. Kurangkan mengambil makanan yang berminyak, yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan junk food. 


Contoh makanan yang baik untuk kulit ialah buah-buahan yang mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi seperti buah-buahan beri, buah betik dan sebagainya.

KEDUA: Kawal tekanan perasaan dengan mengisi masa lapang dengan hobi atau aktiviti yang sihat. Apabila hati dan minda tenang dari segala masalah, tekanan akan berkurangan. 

Sebagai contoh, bagi orang Islam, luangkan masa sekurang-kurangnya membaca sehalaman Al-Quran sehari, bangun solat malam dan lakukan ibadah-ibadah sunat seperti sedekah, zikir dan sebagainya. 


Selain itu, yoga, travel, membuat kek, berbasikal, berjumpa dengan rakan-rakan adalah antara aktiviti yang sihat yang boleh kita lakukan. 






KETIGA: Boleh amalkan makanan tambahan yang mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan di dalam badan wanita. 

Seperti yang kita sedia maklum, wanita zaman sekarang termasuk diri nad sendiri, yang kurang memberi perhatian untuk diri sendiri. Kekangan masa kadang-kadang membatasi kita untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang kita suka serta keterhadan masa kita juga membantutkan diri untuk mengambil makanan yang cukup nutrisi. Betul tak? Ke nad sorang ya?

Duduk di pejabat sehari-harian menguruskan kerja-kerja, balik pula kena hadap jem, sampai rumah letih mengakibatkan diri kita ini berada dalam kondisi yang kurang baik. 

Namun, masa nad jumpa satu supplement dari bos nad sendiri, semua masalah boleh diselesaikan  dengan mengamalkan Supplement dari VellaVania, iaitu VV Secret Glow. (tak semua.. hihihi, masalah sakit hati ubatnya kena sabar)




Sebab apa harus kita amalkan makanan tambahan ini? Sebabnya, nad sendiri makan, dan cuba dan ternyata membantu sedikit sebanyak dalam membekal nutrisi yang baik untuk tubuh badan. Badan tak cepat lesu, rasa bertenaga. Selain itu, banyak testimoni yang nad dapati dari IG Vellavania sangat membantu kakak-kakak, kawan-kawan, adik-adik diluar sana yang mempunyai masalah mereka tersendiri. 







Tambahan lagi, VVSG juga mengandungi bahan-bahan terpilih yang mengandungi antioksida yang tinggi, yang mana baik untuk badan kita. Antaranya, buah delima, Vitamin C. Coenzyme Q10 dan sebagainya. 



Sebenarnya banyak lagi nak share tentang khasiat-khasiat yang terdapat dalam VVSG ni. Nanti nad share pula lain kali okay. 

Terima kasih

Sumber;-

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa jerawat muncul?

Assalamualaikum semua ❤ Pagi2 ni, kami nak sharing2 sikit la.. Ada ke yang sudi membaca?? Yang sudi, terima kasih banyak2  ❤ ! Kami gembira n eksaited 😍 😍 😍 Okay, Nak ceghita sikit, tentang Cik J nie.. bukan nak mengumpat.. nak habaq je..  😅 😅 Cik J ni musuh utama bagi semua kaum wanita dan juga kaum lelaki jambu sekarang.. betul tak?  😶 hihihi.. tapi kenapalah Cik J nie gatai nak datang jugak melekat kat  kita kan??  😣 😣 __________________________ _____ Sebab-sebab Cik J datang  😱 😱 __________________________ _____ 💣  Tidak mencuci muka sebaiknya 💣  Mekap masih berbaki di muka semasa tidur 💣  Mengambil makanan yang berminyak dengan banyak 💣  Stress 💣  Sering terdedah dengan cahaya matahari 💣  Kurang nutrisi seperti vitamin di dalam badan Ini antara faktor-faktornya.. kebanyakannya begini.. tapi ada seorang dua rakan kami sebab tersalah ambil produk..  😢 😢  habis muka... Tapi jangan ...

Wanita Inspirasi

Bismillahirrahmanirrahim.. "Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani" Wanita ni selalu dikaitkan dengan lemah, cantik, sopan, seorang yang penuh kasih sayang. Betul tak? Tapi ada je, wanita kat luar sana spesis macam nad yang tak ada dalam kategori-kategori tersebut. Hihihi.. tapi benda yang baik kita kena cuba pasakkan. Kalau awak perempuan yang kasar, lembutkan, kasar-kasar juga, kena pada tempatnya. Nanti tak ada orang nak buat bini. Betul, semua wanita berbeza, ada yang suka bersukan, ada yang minah-minah rempit, ada yang suka bertumbuk dan sebagainya, namun, perlu kita tahu, guna akal yang Allah bagi sebaiknya bahawa kita boleh buat semua itu, berlandaskan syariat Allah. Dalam gambar diatas, saje nad nak tunjuk firman Allah yang mana Allah menyuruh Nabi untuk memberitahu wanita-wanita di dalam keluarga Nabi untuk melabuhkan pakaian yakni, menutup AURAT semasa berada di luar rumah. Aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan telapak ta...