Skip to main content

SELAMAT HARI GURU

1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ganjaran Berganda Untuk Guru

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2.  Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati oleh orang yang belajar dan beramal.

3.  Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

4.  Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Sempena Hari Guru, ayuh kita menjadi guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain seperti, pelajar,  ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.

Guru Pembina Negara Rahmah

Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain kepada kebaikan.

SELAMAT HARI GURU

16hb Mei  2017
19hb Syaban 1438H
.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa jerawat muncul?

Assalamualaikum semua ❤ Pagi2 ni, kami nak sharing2 sikit la.. Ada ke yang sudi membaca?? Yang sudi, terima kasih banyak2  ❤ ! Kami gembira n eksaited 😍 😍 😍 Okay, Nak ceghita sikit, tentang Cik J nie.. bukan nak mengumpat.. nak habaq je..  😅 😅 Cik J ni musuh utama bagi semua kaum wanita dan juga kaum lelaki jambu sekarang.. betul tak?  😶 hihihi.. tapi kenapalah Cik J nie gatai nak datang jugak melekat kat  kita kan??  😣 😣 __________________________ _____ Sebab-sebab Cik J datang  😱 😱 __________________________ _____ 💣  Tidak mencuci muka sebaiknya 💣  Mekap masih berbaki di muka semasa tidur 💣  Mengambil makanan yang berminyak dengan banyak 💣  Stress 💣  Sering terdedah dengan cahaya matahari 💣  Kurang nutrisi seperti vitamin di dalam badan Ini antara faktor-faktornya.. kebanyakannya begini.. tapi ada seorang dua rakan kami sebab tersalah ambil produk..  😢 😢  habis muka... Tapi jangan ...

Wanita Inspirasi

Bismillahirrahmanirrahim.. "Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani" Wanita ni selalu dikaitkan dengan lemah, cantik, sopan, seorang yang penuh kasih sayang. Betul tak? Tapi ada je, wanita kat luar sana spesis macam nad yang tak ada dalam kategori-kategori tersebut. Hihihi.. tapi benda yang baik kita kena cuba pasakkan. Kalau awak perempuan yang kasar, lembutkan, kasar-kasar juga, kena pada tempatnya. Nanti tak ada orang nak buat bini. Betul, semua wanita berbeza, ada yang suka bersukan, ada yang minah-minah rempit, ada yang suka bertumbuk dan sebagainya, namun, perlu kita tahu, guna akal yang Allah bagi sebaiknya bahawa kita boleh buat semua itu, berlandaskan syariat Allah. Dalam gambar diatas, saje nad nak tunjuk firman Allah yang mana Allah menyuruh Nabi untuk memberitahu wanita-wanita di dalam keluarga Nabi untuk melabuhkan pakaian yakni, menutup AURAT semasa berada di luar rumah. Aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan telapak ta...