Bismillahirrahmanirrahim..
Setiap wanita impikan wajahnya yang cantik, badan yang menawan, mata yang memukau, hidung yang mancung dan sebagainya. Pokoknya, semua mahu cantik. Betul ngak.. (tiba-tiba bahasa indonesia) Lihat kak Oki kita, artis-artis di Malaysia yang lain-lain juga, satu persatu sudah berhijab. Sebab apa? Sebab itu suatu tuntutan. Nak cantik? Boleh, cantik ikut landasan Islam.
Macam mana nak cantik yang mengikut landasan Islam tu? Bila kita nak cantik, niat kerana Allah, In Shaa Allah secara automatiknya kita cantik bukan kerana pandangan manusia, tapi kerana Allah, dengan sopannya, dengan tutup auratnya, dengan tidak melampaui batas. Cukup sederhana, namun cantik dan kemas.
Jom cantik kerana ALLAH. Semoga kita sama-sama dapat Inayah, Hidayah, KeberkatanNYA.

Comments
Post a Comment